Musa A.S: Oh Tuhan,
ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada
Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh
penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha
Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari
hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari
Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha
Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis
sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir
adalah Laa Ilaaha Illallaah.
AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DIHARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-
Quran."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah
kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang
mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran : "Akulah
yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu
juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah
membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al- Quran?" Lalu
Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,
kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang
muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat
ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi
ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu
telah mempelajari Al- Quran."
'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD
'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD
'Auj bin Unuq adalah manusia yang
berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah
seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh
a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Ada yang mengatakan bahawa dia
tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke
dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari.
Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri
tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.
Apabila Nabi Musa bersama kaumnya
tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama
kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi
Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu
tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di
sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan
kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan
gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s,
Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan
meletakkannya di atas gunung yang di junjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah,
berlian tersebut menembusi gunung yang di junjung oleh 'Auj sehinggalah sampai
ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj
binasa disebabkan batu berlian itu.
Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa
a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan
memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu
jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari
daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
KISAH BERPISAHNYA ROH
DARI JASAD
Dalam sebuah hadis
daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah.
Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku
segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di
waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di
tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka
Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda
berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban
pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah
dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum
aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis
pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari
tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul
Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya
mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di
belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya
pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya
lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih
hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat
daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke
atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para
kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan
segala amal perbuatannya."Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,"Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih
tahu."
Maka bersabda Rasulullah
S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat
ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka
keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian
pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban
dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya
memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang
seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka
berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku
berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan
berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah
engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan
sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka
memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh."
Apabila telah selesai
dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah
diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau
kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku
dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun
pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi
sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan
dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan
segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-
lamanya."
Apabila mayat diletakkan
ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai
jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku,
anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku
dengan mereka sehingga hari kiamat."
KISAH ABU NAWAS
Abu Nawas adalah seorang yang cerdik
dan mempunyai pemikiran yang luas, tetapi perwatakannya sangat melucukan dan
menjadi bahan ketawa kepada orang ramai ada masa itu. Beliau sangat disanjungi
dan disayangi oleh Khalifah Harun Al-Rashid.
Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke
pasar untuk berjumpa kawan-kawannya. Keadaan pasar pada pagi itu sibuk dengan
orang ramai yang sedang membeli belah. Apabila tiba sahaja dipasar Abu Nawas
berkata "Hai kawan-kawanku, aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta
kepada fitnah" dan beliau berkata lagi "Aku sesungguhnya pada hari
ini sangat kaya malah lebih kaya daripada Allah". Orang ramai yang
mendengar ucapan Abu Nawas mulai rasa curiga dan menuduh Abu Nawas sudah tidak
siuman lagi karana semua orang sangat
mencintai kepada perkara yang hak dan
membenci kepada fitnah dan sesungguhnya Allah maha kaya dari sekelian
makhlukNya.
Orang ramai yang berada disitu telah
menangkap Abu Nawas dan membawanya mengadap Khalifah Harun Al-Rashid. Orang
ramai memberi tahu Khalifah Harun Al-Rashid tentang ucapan Abu Nawas di pasar
tadi, Khalifah sangat marah dengan kata-kata Abu Nawas. Oleh kerana Khalifah
adalah seorang pemerintah yang adil, beginda tidak terus menghukum Abu Nawas sehingga
beliau benar-benar pasti akan kebenaran kata-kata Abu Nawas. Khalifah bertanya kepada
Abu Nawas "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu sangat membenci kepada
yang hak dan mencintai kepada
fitnah?". "Benar wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas.Khalifah
bertanya lagi "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya
daripadaAllah?". Jawab Abu Nawas "Benar wahai Amirul Mukminin".
Khalifah Harun Al-Rashid sangat marah
kepada Abu Nawas kerana setahunya Abu Nawas adalah seorang yang alim dan
sentiasa bertakwa kepada Allah. Khalifah berkata "Apakah yang telah
terjadi kepada kamu?. Telah kafirkah kamu kerana sanggup mengucapkan kata-kata tersebut?".
Abu Nawas tersenyum dan berkata "Sabarlah wahai Amirul Mukminin, dengarlah
dahulu penjelasan hamba" "Apa yang kamu hendak jelaskan lagi,
bukankah kata-kata kamu sudah jelas dan nyata" jawab Khalifah.
"Begini wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas dan
menyambungnya lagi "Aku sering
mendengar orang membaca talkin bahawa mati itu adalah hak dan neraka adalah
hak, bukankah mati dan neraka sangat dibenci oleh orang ramai" "Saya rasa
Amirul Mukminin juga membenci akan mati dan neraka sama seperti saya
membencinya" kara Abu Nawas. Khalifah Harun Al-Rashid
mengangguk-nganggukkan kepalanya menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.
"Bagaimana pula dengan kata-kata
mu bahwa kamu sangat mencintai kepada fitnah" kata Khalifah. Jawab Abu
Nawas "Anak dan Harta boleh membawa kepada fitnah, tidak ada seorang pun
yang membenci akan anak dan harta. Khalifah sendiri sangat mencintai anak dan
suka mengumpulkan harta". Khalifah sekali menganggukkan kepalanya sebagai
menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.
Khalifah Harun Al-Rahid bertanya lagi
"Terangkan kepada ku bagimana kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya
daripada Allah". Abu Nawas menjawab dengan selamba "Saya mempunyai
ramai anak sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan". Orang
ramai yang berada disitu berasa lega dan berpuas hati diatas penjelasan Abu
Nawas. Mereka pun beredar dari situ untuk meneruskan aktiviti masing-masing.
Khalifah Harun Al-Rashid memberikah
hadiah kepada Abu Nawas diatas kebijaksanaannya dan berkata berkata kepada Abu
Nawas "Apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu mengucapkan kata-kata
tersebut di khalayak ramai". Abu Nawas menjawab bahwa dia ingin berjumpa
dengan Amirul Mukminin, hanya dengan cara itu sahajalah dia dapat berjumpa dengan
Amirul Mukmini. Setelah berbual-bual dengan Khalifah Harun Al-Rashid, Abu Nawas
memohon diri dan beredar dari situ.
25 PERKARA
WANITA PERLU TAHU
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya
yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya
dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam
surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi
12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai
di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk
memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat
di langit akan khabarkan berita bahwa surga
wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki surga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan