Khamis, 10 November 2011

Hidup Muafakat Membawa Berkat

          Perutusan Y.Bhg. Pengerusi

PENGERUSI JKKK 

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya melahirkan kesyukuran diatas usaha dan kerjasama Ahli JKKK Kampung Tuan Mandak kerana dapat menerbitkan Profil Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung  Tuan Mandak.  Saya selaku Pengerusi JKKK Kampung Tuan Mandak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa JKKK dan seluruh warga kampung yang sentiasa memberi kerjasama demi kemajuan  kampung Tuan Mandak.  Kampung Tuan Mandak merupakan nama yang tidak asing lagi kepada penduduk-penduduk sekitar Kuala Nerus. Perubahan dan kemajuan dari masa kesemasa yang diraih oleh kampung ini begitu  ketara dengan sektor pembangunan seperti rumah rumah kedai semakin bertambah . Jalan jalan didalam kampung telah diturapkan, lampu jalan di dalam kampung  telah ditambah menghidupkan lagi suasana kampung yang aman dan harmoni di sekitar kampung Tuan Mandak.  Adalah diharapkan kerjasama yang erat dikalangan warga kampung Tuan Mandak berkekalan dimasa-masa yang akan datang dan seterusnya akan menjadi contoh kampung yang harmoni di dalam DUN Bukit Tunggal InsyaAllah. Sekian terima kasih.


PROFIL KAMPUNG
Sejarah Kampung Tuan Mandak

Kampung Tuan Mandak diasaskan daripada  nama seorang perempuan yang banyak berjasa kepada raja pada zaman dahulu, beliau berasal dari kampung Paloh Kuala Terengganu dan telah behijrah ke kampung ini semenjak dua abad yang lalu , beliau telah menamakan kampung ini sebagai kampung Tuan Mandak . keistimewaan beliau ialah sebagai seorang yang berilmu agama dan berilmu kebatinan. Dengan ilmu yang dipelajarinya beliau telah banyak membantu raja dari serangan orang-orang Inggeris pada ketika itu.  Dengan jasa beliau kepada pemerintah membuat beliau disegani oleh raja dan orang orang Melayu.
Sehingga kehari ini kebanyakan tanah tempat tinggal penduduk kampung adalah dahulunya dari tanah milik beliau. Keturunanya masih kekal dan salah saorang iaitu Tuan Syarifah Ramaniah bt Syed Mohd. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Tuan Mandak merangkap AJK Bahagian Kuala Nerus.


NAMA PROFIL
Profil Kampung Tuan Mandak

DEWAN UNDANGAN NEGERI ( DUN )
Bukit Tunggal

DEWAN PARLIMEN
Kuala Nerus

NAMA WAKIL PARLIMEN
YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Seri Ibrahim Fikri

NAMA PENGERUSI JKKK
Che Ayob bin Che Ngah

NAMA UBEST TERLIBAT
Lutpi bin Mustafa
Pengubah Masyarakat Kanan
Unit Terengganu Bestari
Maklumat Kampung

        Nama Kampung              :       Kampung Tuan Mandak        

        Negeri                              :       Terengganu            

        Daerah                             :       Kuala Nerus

        Dun Lokaliti                    :       Bukit Tunggal

        Daerah Mengundi           :       Batu Enam                     

Kedudukan Kampung

        8 km dari Bandar Kuala Terengganu
        6 km dari Pantai Seberang Takir

Sempadan Kampung
        Utara                                :       JKKK. Kg. Tok Jiring                   
        Selatan                            :       JKKK  Kg. Paya Lima Amas                        
Pentadbiran

        Mukim                            :       Kuala Nerus   
        Dun                                  :       Bukit Tunggal

Jumlah Penduduk                 :       1,834 Orang                           

Jumlah Keluarga                  :       212 Keluarga 

JKKK TUAN MANDAK 
Terdiri daripada tiga buah kampung iaitu:
1. Kampung Tuan Mandak
2. Kampung Alor Terbo
3. Kampung Tanah Lot